• AMEERAH - Young Leaders

    We are committed young woman leaders of tomorrow in order to make the world a better place

  • Misi 3P!

    Politic >> Patriotisme >> Participate

  • Ameerah

    AMEERAH اميره dalam Bahasa Arab, bermakna Pemimpin Wanita, atau Puteri. Ia membawa Visi: Ke Arah Kepimpinan Politik Wanita Muda Bertaraf Dunia

  • Ameerah Malaysia

    Sebuah entiti dalam Dewan Muslimat, Parti Islam Semalaysia yang bertapak di Negara Malaysia, Asia Tenggara, Asia

  • Politic>Patriotism>Participation

    Fokus utama Ameerah adalah menggiatkan kesedaran politik di kalangan generasi muda wanita, menanamkan semangat patriotisme kepada negara dan akhirnya meningkatkan partisipasi wanita muda dalam masyarakat

Bajet 2012: AMEERAH mohon jaminan hak generasi wanita muda


KUALA LUMPUR – Menjelang pembentangan Bajet 2012 yang akan dibentangkan YAB Perdana Menteri Jumaat ini, sebuah entiti baru politik Muslimat muda di bawah Parti Islam Se-Malaysia (PAS), AMEERAH memohon agar diberi jaminan berkenaan hak dan peluang generasi wanita muda.
Pengerusi AMEERAH, Fareedah Samad mengetengahkan beberapa usul agar diperhalusi dan dimasukkan dalam bajet yang bakal dibentangkan.
1. Memberikan bantuan kepada generasi muda untuk mendirikan rumah tangga yakni kursus perkahwinan percuma.
2. Memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama.
3. Melaksanakan kadar pengurangan faedah PTPTN (sistem ujrah) kepada semua peminjam PTPTN tanpa perlu membuat permohonan semula.
4. Memberi Kursus Bimbingan Perniagaan percuma kepada usahawan muda sama ada peniaga industri mahupun perniagaan secara dalam talian.
5. Memberi bantuan susu percuma kepada keluarga di bawah pendapatan RM1500.
6. Memastikan setiap institusi kerajaan mempunyai pusat penjagaan kanak-kanak
7. Menguatkuasakan polisi pusat penjagaan kanak-kanak bagi memastikan keselamatan anak-anak terjamin.
8. Memberi 90 hari cuti bersalin dan sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami.
Dengan keinsafan bahawa setiap ringgit harta rakyat perlu diurus dengan cermat dan berhemat, AMEERAH memohon agar kerajaan memberi jaminan terhadap lapan tuntutan yang dinyatakan di atas. AMEERAH juga menggesa agar pihak kerajaan sentiasa mendahulukan dan mengambil berat tentang kebajikan warga Malaysia secara keseluruhannya tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.
AMEERAH yang bermotokan “Menerajui Perubahan Generasi Baru” memberi perhatian untuk menggiatkan kesedaran politik dalam kalangan generasi muda wanita, menanamkan semangat patriotisme kepada negara dan meningkatkan partisipasi generasi wanita muda dalam membangunkan masyarakat.
AMERAH baru sahaja dilancarkan bersempena 60 tahun PAS pada 1 Oktober 2011 di Pulau Pinang.

Sumber: http://www.malaysiaharmoni.com/v2/index.php/nasional/1245-ameerah-mohon-jaminan-hak-generasi-wanita-muda

Ameerah: Entiti Baru Dalam PAS

Ditulis oleh Te@M I.T   
SATURDAY, 01 OCTOBER 2011 18:20


KEPALA BATAS, 1 Okt - Kedudukan wanita sebagai rakan kongsi dalam segenap aspek kehidupan merupakan antara sunnah Rasulullah yang perlu direalisasikan.

"Wanita, di samping Rasulullah bukan sekadar terbatas tugasnya di rumah, tetapi melangkaui ke segenap aspek kehidupan sehingga ke bidang politik dan hal tersebut dibuktikan melalui penglibatan isteri serta anak baginda yang aktif dalam memahami dan melaksanakan siasah Islam di kalangan wanita," ujar Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Senator Mumtaz Md Nawi dalam sidang media selepas perasmian Ameerah dan Gelombang Epal Hijau sempena sambutan Ulangtahun PAS ke-60 di Dewan Millenium, Kepala Batas hari ini.

Tambahnya, contoh terdekat dapat dilihat ketika puteri baginda, Asmaa Abu Bakar yang pada ketika itu masih muda remaja, telah memainkan peranan penting di medan politik semasa peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW.
Sehubungan itu, katanya Muslimat PAS bergerak seiring dan saling membahu dengan muslimin dalam melaksanakan tugas siasah ini.

"Buktinya Muslimat PAS telah menjadi calon pilihanraya seawal tahun 1960an. Penglibatan muslimat di Parlimen dan dun negeri-negeri diakifkan kembali pada tahun 2004," katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu katanya, tugas muslimat tidak pernah surut sedari awal penubuhan PAS baik secara langsung atau tidak, baik di peringkat cawangan, upu, dun, kawasan, negeri atau di peringkat pusat sendiri. Ini memberi ruang buat muslimat mengaut sebanyaknya pengalaman selanjutnya menjadikan kehadiran mereka semakin signifikan dalam kelangsungan perjuangan Islam.

Mumtaz berkata apa yang lebih menarik, penglibatan ini merangkumi pelbagai lapis usia tanpa terikat kepada profesion tertentu.

"Mereka bergerak dengan penuh ikhlas tanpa menuntut sebarang jawatan. Walaupun begitu, menyedari hakikat perubahan dan kehendak semasa, muslimat perlu menyediakan ruang dan peluang kepada golongan muda khususnya," katanya lagi.

Ahli dewan negara itu turut menyatakan bahawa seiring dengan usia PAS yang sudah menjangkau ke 60 tahun, PAS mengambil langkah bijak dengan menubuhkan satu lajnah politik khusus buat wanita muda yang dinamakan Ameerah.

"Ia sebuah badan dari orang muda buat pengundi muda. Sehubungan itu, mereka perlu kepada bimbingan serta latihan bagi memimpin politik Islam di masa hadapan," ujarnya lagi.

Sumber:

PAS lancar Ameerah dan gelombang Epal Hijau

Mohd Sabri Said,02 Okt 2011
KEPALA BATAS, 2 Okt: Presiden PAS, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Ameerah sempena sambutan 60 Tahun PAS iaitu Lajnah Politik Wanita Muda, bagi merangka setrategi mendekati golongan itu.
(Abdul Hadi disambut oleh panitia sambutan sebelum merasmikan Ameerah di sambutan 60 tahun PAS)
Pelancaran Ameerah dan gelombang epal hijau memberi nafas baru kepada gerakan Dewan Muslimat yang sudah berjaya dengan pejalanan Nisa' yang telahpun berjalan sempurna.

Sekalung tahniah kepada Lajnah Politik Wanita Muda kerana berjaya mempamerkan satu wadah baru gelombang hijau yang penuh warna warni.

Sempena pelancaran itu Presiden telah menyiram air tanda mencerna kesuburan sesuai dengan keserasian yang wujud di kalangan remaja dan wanita muda.

Selain menyiram air presiden telah menanda tangani di atas replika epal hijau dengan iringan beberapa orang remaja yang mengalunkan gerakan kain hijau penuh semangat.

Pergerakan itu diakhiri dengan pelepasan belon yang tergantung di paras satu Dewan Melinium sebagai tanda kejituan tujuh teras yang menjadi panduan menuju Putrajaya.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata, muslimat yang lulus menghadapi gelora perjuangan sahaja akan dipandang tinggi oleh Allah s.w.t mereka tidak bakhil dengan masa dan wang semata-mata untuk kemenangan Islam kata .

Muslimah mesti berani memperbetulkan diri serta membaiki diri menjadi isteri yang baik dan terpuji.

"Pengorbanan para isteri membantu menegakan Islam akan dikira mendapat pahala yang tinggi demi kebaikan Islam yang dianuti, " jelasnya ketika merasmikan pelancaran  di Dewan melinium, kepala Batas petang tadi.

Muslimat yang ada semangat perjuangan yang tinggi akan menjadi sayap yang baik serta dapat menumpukan kerja berfokus.

Bila kerja digerakan dengan lancar maka menyenangkan peranan muslimat menabur atau menyemai peranan di mana jua.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Yusuf dalam ucapanya mengharap golongan wanita muda supaya bersiap mematangkan diri kerana sikap itu sahaja boleh mencerna kemenangan pada masa depan.

Sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5725-pas-lancar-ameerah-dan-gelombang-epal-hijau